SEINDAH MAWAR BERDURI by FATIMAH SYARHA (sambungan...)

Syaqiera, Yusra, Sayyidah, Roziana, Juliea, Nur Fatihah dan Nik An-Najah sudah sedia menanti Khazinatul Asrar di Kafetaria Alumni. Mereka sering datang lebih awal untuk memberi penghormatan kepada kakak Naqibah kesayangan mereka, merangkap salah seorang perwakilan pelajar yang dihormati dan disegani. Halaqoh usrah yang diadakan setiap minggu itu sering mereka nanti–nantikan kerana eratnya simpulan ukhuwwah yang terjalin sesama mereka. Seperti biasa, majlis itu dibuka dengan Ummul Kitab dan tafsiran beberapa potong ayat suci Al –Quran sebelum memulakan silibus usrah.

“Lihat surah Al –Maidah(5) ayat 41,” arah Khazinatul Asrar. Semuanya mula membelek tafsir Quran masing – masing. “Biar saya bacakan…” Yusro menawarkan diri tanpa perlu diminta. “dan saya bacakan tafsirnya…” Sayyidah tidak mahu terkecuali. Khazinatul Asrar tersenyum lembut sambil mengangguk. Lalu, beralunlah suara merdu mereka. “Baiklah, dalam ayat yang dibacakan tadi, Kak Asrar nak highlightkan firman Allah yang bermaksud: ‘barangsiapa yang Allah kehendaki kesesatannya, maka kamu tidak akan sesekali dapat menolak sesuatu pun (yang datang ) dari Allah. Mereka itu adalah orang–orang yang Allah tidak mahu menyucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan akhirat kelak mereka beroleh azab yang pedih.’ Sodaqallahul Azhim.

Tafsir ayat ini menjelaskan jika seseorang sudah terbiasa mendengar kebatilan dan menerimanya, ia kan menghijab dirinya dari kebenaran. Hatinya dibiarkan angguk pada kesesatan. Dia menerima kebatilan dah tentu dia sebenarnya menyukainya. Akibatnya, ketika kebenaran datang tanpa memenuhi seleranya dia menolak dan mendustakannya. Why not? Hatinya dah gelap dan tak nampak lagi cahaya Allah. Sebagai alasan, Allah biarkannya terus dalam kesesatan dengan tidak memancarkan hidayah-Nya ke hati–hati mereka. Contohnya, apa yang dilakukan oleh kelompok Jahmiyah terhadap ayat–ayat dan hadis–hadis yang berkenaan dengan asma’ dan sifat. Mereka menolak ayat-ayat dan hadis-hadis itu dengan ta’wil mereka sendiri. Ikut selera mereka. Jesteru, Allah biarkan mereka dalam kesesatan kerana azab akhirat yang menanti itu sesungguhnya lebih pedih lagi. Kita sepatutnya sentiasa menyucikan hati kita kerana hati adalah raja yang
memerintah seluruh amalan. Jangan biarkan ianya dinodai oleh titik hitam. Apatah lagi membiarkan ada kebatilan yang masih bersarang disitu, walaupun sedikit. Sentiasalah beristighfar dan zikir qolbi untuk menyucikannya kerana manusia sering membuat kesilapan.” hurai Khazinatul Asrar.

“That means, mereka di dalam ayat itu bukan dikhususkan kepada satu kaum tertentu jea, kita pun boleh masuk sekali ,kak Asrar, kan?”soal Yusro yang agak aktif orangnya. Minta kepastian.

“Betul tu. Kalau dilihat tafsir ayat secara keseluruhan, mereka difokuskan kepada orang – orang Yahudi yang mengubah kitab Taurat dan mendustakan ayat–ayat Allah. Namun orang Islam sekalipun yang tahu tentang kebenaran tetapi tidak beramal dengannya sebaliknya memilih kebatilan sebagai cara hidup samalah sikapnya dengan orang–orang Yahudi laknatullah. Hatinya akan berselaput dengan noda hitam kerana sudah sebati melakukan kesilapan hingga akhirnya sukar untuk menerima kebenaran yang dia imani sebelumnya. Sementara itu, orang yang membiasakan keadaan hatinya lalai daripada cahaya Allah S.W.T mungkin akan dihukum oleh Allah S.W.T untuk terus lalai dan jauh dari –Nya, sebagaimana ingatan Allah dalam Al-A’raf (17): ayat 179 yang bermaksud : “dan janganlah kamu termasuk di antara orang yang lalai…’ Rasulullah S.A.W pula pernah berwasiat, baginda bersabda : ‘Janganlah kalian lalai maka kalian akan melupakan rahmat.’ Kalau ada di lintasan di hati kita untuk berhijrah dari jiwa yang lalai kepada jiwa yang cintakan Allah S.W.T. maka bersegeralah untuk melakukannya kerana percayalah bahawa itu adalah lintasan benar dari Allah S.W.T. Lintasan itu merupakan hidayah yang takkan datang selalu. Jarang–jarang jea. Biasanya ianya akan disertai keyakinan yang kuat. Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin Allah S.W.T akan tarik balik hidayah–Nya itu. Taufiq dari–Nya bukan milik semua orang. Bukan milik orang yang tak bersedia,” jelas Khazinatul Asrar lagi.

“Kak Asrar,adakah bercinta kerana Allah itu melalaikan?” Nur Fatihah mencetus persoalan. Khazinatul Asrar tersenyum. Topik cinta sering menjadi masalah utama adik–adik usrahnya selama dia bergelar Naqibah.

“Apa pendapat Syaqiera?” Khazinatul Asrar memberi peluang untuk mengemukakan pandangan.

“Iera rasa ianya tak melalaikan! Bagi Iera , itulah cinta sejati. Cinta kerana Allah biasanya diiringi wawasan untuk hidup bersama dan lahirkan zuriat yang soleh,” jawab Syaqiera, petah. “Juliea pula bagaimana?” Khazinatul Asrar bertanya lagi. “ Juliea pun setuju dengan Iera! Apa sahaja perbuatan yang dibuat ikhlas kerana Allah, mesti benda tue baik,” yakin jawapannya.

“Tapi Kak Asrar… Ziana confuse tentang cinta tu…” Roziana mencelah. “Confuse? Boleh kongsi?” Khazinatul Asrar bernada lembut. “Ziana tak malu nak berkongsi pengalaman Ziana. Ziana dicintai oleh seorang lelaki yang soleh orangnya. Dia betul–betul nak jadikan Ziana teman hidupnya selepas tamat belajar nanti. Bagi Ziana, cinta kami kerana Allah. Tapi… setelah dua tahun menjalinkan hubungan cinta, Ziana rasa hati Ziana semakin jauh daripada mengingati Allah. Kalau dulu hati ini sering berzikir, tapi kini sering ingat namanya sahaja. Rasa macam hati ini kotor. Hari – hari kami saling call. Lebih parah lagi bila hati ni sering memujuk untuk berjumpa dengannya selalu,” luah Roziana. “Kenapa cinta yang dijalin kerana Allah pun melalaikan?” keluhnya lagi.

“Najah rasa, cinta memang melalaikan, cinta kerana Allah tu hanyalah nama hiasan untuk menafikan kelalaian cinta,” Nik An-Najah bersuara tegas. Syaqiera mengkeriukkan dahi. Tidak tenang dengan kenyataan setegas itu.

“Okey, Kak Asrar nak tanya, apakah ciri–ciri cinta yang adik–adik anggap adalah cinta kerana Allah?” Khazinatul Asrar cuba membuka minda. “Ianya adalah bercinta untuk berkahwin dan lahirkan anak–anak yang dididik dengan cara hidup Islam, baitul Muslim” jawab Syaqiera spontan.

“Itu natijah cinta kerana Allah. Kak Asrar bertanyakan ciri- ciri cinta kerana Allah. Ciri-ciri yang akak maksudkan itu adalah cara bercinta itu sendiri yang dikatakan kerana Allah,” Khazinatul Asrar makin membuka minda mereka. “Apa pendapat Kak Asrar tentang itu?” Sayyidah minta kepastian. “Kadang–kadang manusia tersalah menganggap cintanya kerana Allah padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada Pencipta makhluk itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas, tapi jalannya tak syaro’. Itulah yang disedihkan.

Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan. Pertama, apabila solat telah masuk waktunya. Kedua, apabila jenazah hendak dikebumikan. Dan ketiga, apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan, buruk padahnya. Kita boleh buat satu conclusion, salah satu ciri–ciri cinta kerana Allah ialah apabila pasangan segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang sering dilakukan ketika percintaan.” “Tapi, takkan nak kahwin masa tengah belajar lagi ni?” getus Yusro“Kalau dah tak tahan apa salahnya… tapi, kalau rasa masih tak sedia, baik jangan berani untuk bercinta lagi,” nasihat Khazinatul Asrar. “Kalau dah terjebak macam Ziana ni?” gerutu Roziana. “ Ziana, jatuh cinta tak salah. Perasaan tu anugerah Allah. Tapi kalau Ziana rasa ianya boleh melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah, yang Allah tak redhai. Muhasabah balik. Sentiasalah berdoa pada Allah agar memelihara perasaan cinta tu sebagaimana yang Dia kehendaki, yang tak menjauhkan Ziana dari–Nya. Allah Maha Penyayang,” jelas Khazinatul Asrar.

“Praktikalnya?” Roziana mahu lebih jelas.

“Kikislah keaiban–keaiban cinta seperti hari–hari bergayut di telefon, bermujahadah untuk buang nama si dia dalam solat dan sebagainya… Buatlah secara perlahan–lahan dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah. Kak Asrar faham, Ziana perlukan masa untuk merubah situasi sedia ada. Bukan secara mendadak. Tak apalah…selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Yakin dengan Allah,”senyum berputik di bibir.Kemudian barulah Khazinatul Asrar masuk pada silibus usrah. Dia gembira dengan amanah sebagai Naqibah lantaran menyedari taklifan itu pernah terpikul di bahu Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang tercetus dirumah Al-Arqam bin Abi Al–Arqam. Dia tidak mahu terasing daripada golongan orang–orang yang sanggup meneruskan kesinambungan wasilah tarbiyyah Rasulullah.




to be continued

cetusan hati dan dedikasi

Hazirah…
Cetusan hati ini aku dedikasikan khusus buatmu,
sahabatku…

Hazirah…
Ingin ku melafazkan kata maaf kepadamu
andai keterlanjuranku
mengguris hati kecilmu…

Hazirah…
Saat itu aku menunggu balasan perutusanmu,
aku menunggu dan menunggu,
namun,
putaran masa hanya membuang waktuku,
jiwa ini tak tertakung membuntu,
aku pilu…
Hazirah…
Tatkala penjelasanmu ku terima,
senyuman terlirik dibibirku,
namun,
segera terpecat
kerna hati lelaki ini tanpa dipaksa dirundung rasa bersalah,
pantaskah lagi aku bergelar sahabatmu
jika begini tindak-tandukku?
Hazirah…
Lalu ku utuskan satu wacana
memohon budimu yang mulia
agar memaafkan lelaki berduka…
Hazirah…
Terasa gundah malamku,
terasa bumi ini berputar dan beredar dengan perlahan
pergerakan masa seperti tertahan,
seperti menghukum sebagai pembalasan
dek membiarkan perasaan mengatasi akal fikiran…
Hazirah…
Ikatan persahabatan yang terbina kukuh antara kita,
ku harap menjadi tonik penawar kekeruhan kau dan aku,
tak sanggup aku melukakan hati sucimu
apatah lagi memutuskan ikatan persahabatan denganmu yang sudah lama tersimpul mati…
Hazirah…
Andai dapat ku undurkan putaran dunia
akan ku ubah semula
kata-kata dan tingkah lakuku
demi melihat embun kembali menemani pagi-pagi dunia kita…
Hazirah…
Izinkan medan ini menjadi saksi ketulusanku,
izinkan bingkisan ini menjadi wadah hatiku
kerna bagiku
kau sahabat sejatiku…
dan Hazirah…
sebagai sahabat
aku menyayangimu…

Cetusan Hati dan Dedikasi,
Lelaki berduka
3.40 dinginnya pagi rabu

masuk air

Setelah ahli majlis syura mengadakan beberapa pertemuan…
Solat istikharah beberapa malam…
Merenung dan koreksi diri…
Satu rombakan besar BARISAN PIMPINAN KABINET U.A GANG (KAMIDANHAMPA) dilakukan…
Keputusan syura adalah seperti sidebar sebelah…
1. Mursyidul Am bertindak sebagai Penasihat Utama, Penjaga dasar-dasar dan perlembagaan tanzim (organisasi), ahli majlis syura, Pemantau ahli supaya selari dengan dasar dan perlembagaan, menegur ahli-ahli yang menyimpang atau futur, Ketua Lembaga Disiplin dan sumber rujukan kelima setelah al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ dan Qias… haha… juga Duta ke Cairo dan bertindak menjadi ejen dan proksi organisasi disana… jangan lupa souvenir untuk ahli apabila pulang ke tanah air.. hehe
2. Perdana Menteri bertindak sebagai ketua pelaksana organisasi. Majlis Tertinggi. Menjadi ketua atas setiap aktiviti dan program yang dianjurkan. Memastikan keterlibatan ahli dalam setiap aktiviti. Memberi arahan. Mengeluarkan arahan. Memastikan blog sentiasa di up date. Sebagai Arkib organisasi. Adil. Amanah. Islam. Baligh. Waras. Tak tinggal solat. Mempunyai sensitivity sebagai pemimpin. Bekas Ketua Pengawas. Bertanggungjawab. Berkhatan. Haha… sukakan hijau dan putih dan segala yang ada kaitan dengan hijau dan putih kerana ia merupakan warna kesukaan Rasulullah – pemimpin ulung. (hehe). Jika tidak menyukai hijau putih, syura berhak melucutkan jawatan. (rujuk fasal 1000). Menjaga kebajikan ahli. menjadi orang tengah apabila berlaku sebarang krisis. Dan apa-apa saja yang ada kena mengena sebagai seorang ketua. Beriman kepada Allah. Beriman kepada malaikat. Beriman kepada kitab. Beriman kepada rasul. Beriman kepada. Hari kiamat. Beriman kepada qada’ dan qadar. Mengucap 2 kalimah syahadah. Solat 5 waktu sehari semalam. Puasa bulan ramadhan. Membayar zakat. Haji jika mampu. Kesetiaan kepada raja dan negara. Keluhuran perlembagaan. Kedaulatan undang-undang. Kesopanan dan kesusilaan. Hahaha… Menggunakan akal fikiran melebihi cinta. Haha.. juga ahli majlis syura. (sila rujuk no. 3)…dan setiap ahli mestilah berjanji taat setia kepada Perdana Menteri…
3. Timbalan Perdana Menteri bertindak sebagai pembantu kepada Perdana Menteri, membantu tugas-tugas Perdana Menteri dan menggantikan Perdana Menteri apabila Perdana Menteri excuse, sakit, ataupun syahid… haha… selain itu, Timbalan Perdana Menteri juga bertindak sebagai motivator dan kauselor organisasi (khidmat percuma)… juga pihak yang bertanggungjawab dalam menggubal perlembagaan… juga bertindak sebagai Lembaga Disiplin organisasi… juga Lembaga Penapisan Blog (LPB), juga Ketua majlis syura serta mempunyai kuasa besar dalam menentukan dasar organisasi dan mempunyai kuasa VETO merombak dasar, perlembagaan, barisan pimpinan organisasi (sesuai dengan jawatan Ketua majlis syura) setelah mendapat nasihat Mursyidul ‘Am atau disahkan oleh Perdana Menteri… setiap keputusan haruslah dipersetujui syura dan tidak terpesong daripada akidah ahli sunnah wal jama’ah.. haha… dan jangan lupa sediakan ais ketul apabila BBQ… hahaha
4. Menteri Asas Tani bertindak sebagai pengurus hal ehwal pertanian, bertindak sebagai penaja tumbuhan atau haiwan ternakan apabila semboyan BBQ atau apa-apa yang berkaitan berbunyi. Haha.. Ahli majlis syura. Tugas sampingan: driver… pastikan lesen sentiasa renew… haha
5. Menteri Kewangan mestilah pihak yang amanah kerana melibatkan hal ehwal kewangan. Bertindak mengutip wang apabila mendapat arahan Majlis Tertinggi. Dan bertindak sebagai penampung untuk mencukupkan wang. Maksudnya jika wang untuk program yang dikutip tidak mencukupi, Menteri Kewangan bertindak untuk menambahkan wang hingga cukup dengan menggunakan duit Menteri Kewangan sendiri… haha… Mestilah berhati-hati dalam setiap tingkah laku keluar masuk wang kerana dipantau oleh ahli Lembaga Disiplin. Setiap kebocoran wang, rasuah dan yang berkaitan adalah kesalahan berat dan boleh dikenakan tindakan disiplin (rujuk fasal 379 kurungan ( ) J, perlembagaan organisasi)… haha
6. Menteri Kesihatan bertindak sebagai ‘bidan terjun’ apabila berlaku sebarang kecederaan dan ketidak sihatan ahli. memastikan Peti Kecemasan dibawa dan lengkap dengan peralatan untuk merawat dan mengubat… rawatan mestilah dilakukan dengan penuh hemah tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak atau mengikut kata hati dan cinta… haha… juga bertindak sebagai Duta ke Jakarta dan bertindak sebagai ejen dan proksi organisasi disana. satu lagi, membeli souvenir untuk ahli apabila pulang ke tanah air.. haha
7. Menteri Belia dan Sukan bertindak sebagai instructor kepada ahli dalam memastikan stamina ahli dalam keadaan stabil dan memuaskan serta meningkatkan kekuatan daya kardiovaskular dan menguatkan otot serta saraf ahli... haha… perlu meluangkan masa yang lebih untuk aktiviti organisasi U.A Gang; Kamidanhampa…
8. Menteri Pelajaran bertindak sebagai pihak yang terlibat dalam pemenjadian guru… haha… kepujian kepada Menteri Pelajaran atas komitmen selama ini… Cuma Menteri Pelajaran perlu lebih aktif, asertif dan agresif dalam memberi idea… kelebihan Menteri Pelajaran dalam pendidikan amat diperlukan… haha
9. Menteri Penempatan bertindak sebagai pihak yang menyediakan tempat untuk aktiviti dan program dan pencari tempat. Dan pastikan tempat itu berlampu… haha
10. Senator bukanlah patung boneka.Tetapi, sebagai pengimarah dan pemberi idea dalam penambah baikan dalam pelaksanaan aktiviti dan program oleh pihak organisasi…
11. Setiap ahli mestilah memberi komitmen dalam aktiviti dan program yang dilaksanakan. Setiap ahli bertindak sebagai SETIAUSAHA. Mesti selalu membuka blog dan masing-masing bertanggungjawab dalam memeriahkan blog dan organisasi ini.
12. Ahli mestilah menjaga adab dan akhlak dan tidak mencemarkan nama U.A Gang; Kamidanhampa.
13. Setiap ahli mestilah bersedia menerima teguran dan tohmahan. Haha
14. Setiap ahli mestilah memberi janji taat setia kepada Perdana Menteri. Namun, ianya bukanlah mutlak. Apabila Perdana Menteri melakukan perkara yang menyimpang dari dasar dan perlembagaan, tidak syar’ie, dan melakukan sesuatu yang tak terbayang di fikiran yang waras, tiadalah perlu untuk taat kepadanya lagi. Malah pihak lembaga disiplin berhak mengambil tindakan. (rujuk fasal 764 kurungan ( ) N). ini bermakna hanya taat dalam perkara yang perlu.
15. Perdana Menteri tidak boleh riak dan takbur atas perkara di atas. Haha
16. Ahli mestilah mematuhi keputusan Syura dan Majlis Tertinggi. Tidak boleh melawan, menentang, memberontak, membantah, membangkang, memecahbelahkan, menubuhkan apa-apa gerakan yang bertujuan untuk mengguling pihak tertentu dan mesti taat kepada pimpinan.
17. Jika ada ahli yang melawan, menentang, memberontak, membantah, membangkang, memecahbelahkan, menubuhkan gerakan yang bertujuan untuk menggulingkan pihak tertentu atau tidak mahu memberi taat setia ,,, sila rujuk no. 16… hahahahahahhahahahahahahahahah
18. Syura dan Majlis Tertinggi sentiasa betul dan benar.
19. Jika Syura dan Majlis Tertinggi tidak betul dan tidak benar,,, sila rujuk no. 18. hahahahahahahahahahahahaahhahaha
Dengan adanya skop tugas diatas, diharapkan organisasi ini lebih terpimpin dan licin… dan marilah sama-sama kita memerdekakan utan aji dengan membuat satu gerakan iaitu Gerakan Utan Aji Merdeka (GUAM)… haha… gila-gila… tak pasai-pasai kita kena akta hasutan (rujuk fasal 974 kurungan ( ) X)… haha… marilah sama-sama kita meningkatkan IMAN kita ye…

“KETERLIBATAN MENYELURUH MENJANA PERSAHABATAN”

-pemberitahuan ini adalah cetakan computer dan tandatangan tidak diperlukan-

p/s: otak masuk air… haha

announcement

Daftarkan anak/adik/saudara/jiran anda SEGERA untuk sertai BENGKEL TAHSIN (MEMPERKASAKAN) BACAAN DALAM SOLAT untuk REMAJA LELAKI & PEREMPUAN (10 – 17 tahun) yang akan diadakan pada 18/4 (AHAD) di Surau Taman Jali bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang… YURAN HANYA RM 10 SAHAJA!!! RM 10 SAHAJA… boleh daftar dengan SMS ke nombor 013-4092489 (ASWAD) atau boleh juga aku (Hanif) di 019-4498171


One more…


MOTIVASI REMAJA CEMERLANG Siri-2 (MoRaCe-2)
Tarikh: 24 april 2010 (SABTU)
Tempat: Surau Titi Midin, Repoh, Kangar, Perlis
Masa: 9 pagi hingga 5 petang
Peserta: Muslimin dan muslimat berumur 14-17 tahun
Pengisian: Modul Remaja Muslim; Modul Habit Remaja Efektif; Tayangan Multimedia; Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Kelengkapan yang perlu dibawa: Alat Tulis dan Buku Catatan; Pakaian Kemas
Yuran: RM10 SAHAJA
Boleh Hubungi: 019-4453836


INGAT!!! HANYA RM10 UNTUK ‘KUNCI’ SYURGA… terlalu murah… ambil lah kesempatan ini…


Orang sakit kena makan ubat… kalau tak makan ubat nanti melarat… lastly ke liang lahad… contohnya kalau orang darah tinggi tak makan ubat… darah naik ke 220 le jawabnye… ward le tempatnye… kan?


Begitulah analoginya dunia terutamanya remaja sekarang semakin ‘sakit’… program seperti inilah ‘ubat’nya… tu pun jika mahu dunia ‘sembuh’… jika mahu lihat bayi ‘tidur’ dalam tong sampah, jika mahu lihat nenek 80 tahun dirogol, jika mahu lihat ibu dera anak sampai mati, jika mahu lihat seorang bapa ditinggalkan di tepi jalan oleh seorang anak, jika mahu lihat rasuah terus berleluasa dalam kalangan pemimpin, jika mahu lihat Palestin terus ‘bertayammum’kan darah, jika dulu enjin jet hilang… jika anda mahu lihat jet pula yang hilang, biarkan ‘ubat’ itu menjadi ‘khazanah’… gunakan RM 10 itu untuk top-up phone anda… atau gunakan RM 10 tu untuk KFC atau PIZZA HUT atau Mc DONALD atau Coca Cola atau PEPSI atau ‘derma’ ke ISRAEL untuk tawan Masjidil Aqsa… hmm???


Fikir-fikirkan…

seindah mawar berduri... (sambungan)

~Sesegar hijau daunan, begitulah kita diibaratkan…tiada siapa yang bisa memisahkan kita…antara kita semua…~
Dari tangga kamsis lagi, lagu favourite Hijriah itu bergema kedengaran. Kuat sekali.
Khazinatul Asrar menggeleng–gelengkan kepalanya dan terus menyusun langkah menuju ke biliknya tyang terletak di barisan ketiga, level 1. Tidak syak lagi, irama nasyid dendangan In-team itu memang datang dari biliknya. Dia dapat menduga bahawa Hijriah pasti ada di dalam bilik.
“Assalamualaikum, Hijriah. Asrar balik nie!” pintu yang tidak berkunci itu dikuaknya perlahan–lahan. Salamnya tiada jawapan. Didapatinya Hijriah sedang tidur dengan bantal ditelangkupkan diatas kepala. Kipas siling berputar ligat dengan penunjuk mengarah full. Lagaknya bagaikan orang yang ada masalah. Khazinatul Asrar memperlahankan volume radio kerana bimbang mengganggu penghuni lain. Serentak dengan itu Hijriah terjaga dari lenanya yang mungkin tidur – tidur ayam sahaja. “Eh, Asrar dah balik rupanya…” Hijriah berkata lembut sambil membetulkan kedudukan bantalnya. Khazinatul Asrar mengukir senyuman. Perlahan–lahan dia menghampiri Hijriah dan duduk di sebelahnya. Tangannya menjamah dahi Hijriah. “Tak panas pun!” kata Khazinatul Asrar perlahan. “Sejak bila pula saya demam?” balas Hijriah bersahaja.
“ Habis tue kenapa tak datang kuliyah pagi nie?” tanya Khazinatul Asrar pula. “Err…topik baru ke hari nie?” Hijriah cuba mengalih perbualan. “Hijriah…saya tanya nie!” Khazinatul Asrar tidak mahu Hijriah menyembunyikan sesuatu. “Kenapa nie?” Khazinatul Asrar memujuk lembut. “Tak ada apa–apa…betul!” Hijriah masih membuat aksi selamba. “Habis tue, pagi tadi awak bersiap–siap bukan untuk ke kuliyah?” Khazinatul Asrar masih tidak berpuas hati dengan jawapan Hijriah. “Saya ke Mini Market. Beli Coklat Dairy Milk 10 packs untuk hilangkan tension,” jelas Hijriah berterus–terang.
“Kalau tak percaya, tengok dalam basket tu. Penuh plastik coklat, kan?!” Hijrah menguatkan kenyataannya. Hilangkan tension dengan coklat??? Hijrah yang saya kenali biasanya menatap Al- Quran bila ada masalah,” getus Khazinatul Asrar masih curiga. “Saya tak ada apa- apa. Percayalah Asrar! Saya Cuma tension sikit saja pagi
tadi…sekarang dah okey,” sambil bibirnya mengukir senyuman hambar.
“Kenapa tension sampai ponteng kuliyah?” Khazinatul Asrar terus bertanya. Hijriah terdiam. “Ada masalah ye?! Kongsilah…” pujuk Khazinatul Asrar lagi. “Tak ada lah…. mungkin nak period kot sebab tulah rasa tension,” Hijriah terus berdalih. “ Period? Bukankah baru seminggu lepas….” Khazinatul Asrar mencelah. Mematahkan
alasan yang mungkin sengaja direka–reka. “Hijriah, kalau ada masalah, saya sentiasa bersama awak. Saya sentiasa sedia mendengar apa saja. Janganlah macam ni…” Khazinatul Asrar masih tidak jemu memujuk sahabatnya.Raut wajah Hijriah jelas menyembunyikansesuatu. Dia tetap enggan menceritakannya kepada Khazinatul Asrar. Tidak seperti selalu. Dia sebenarnya seorang yang ceria dan berterus – terang. Namun, tidak untuk kali ini…. “Alah Asrar nie…lupakanlah perkara tue. Lain kali, saya janji tak ponteng kuliyah lagi,” Hijriah seolah – olah mula bosan dengan desakan Khazinatul Asrar.
“Betul tak ada apa- apa ni?” Khazinatul Asrar cuba menduga lagi.
“Awak dah tak percaya saya lagi ke?” kata Hijriah seakan merajuk.
“Okey,okey.. kali nie awak boleh sembunyikan sesuatu dari saya, tapi esok–esok tidak lagi, tau!” “Oh, ya! Nie nota Tsabit tentang topik hari ni. Awal pagi esok ada presentation,” sambil nota bersampul biru itu diserahkan kepada Hijriah. Mata Hijriah sedikit
terbeliak. Tangannya pantas menyambut dan membelek – belek buku nota tersebut. “Tsabit suruh berikan kepada saya?” tanya Hijriah minta kepastian. “Emm…” Khazinatul Asrar menjawab ringkas. Malas diceritakan kembali peristiwa tadi.Pemuda itu sering membuatkannya geram hinggakan dia terasa malas menyebut nama itu berulang kali.
“Kenapa tiba–tiba saja Tsabit boleh teringatkan saya? Pelik ni!” Hijriah bertanya sambil tangannya terus membelek–belek nota itu.
“Dia sukakan awak kot….” Khazinatul Asrar cuba mengusik, sengaja mahu melihat reaksi temannya. Tiada respon marah. Sebaliknya Hijriah mula tersenyum – senyum sendiri. “Ish, lain pula jadinya…” Bisik hati kecil Khazinatul Asrar. “Asrar, dia tak cakap apa-apa tentang saya?” Hijriah nampak semakin berminat bertanyakan Tsabit. Khazinatul Asrar menarik nafas. Dia mula mencari alasan untuk
menyegerakan dirinya bebas dari bercakap pasal Tsabit.
“Tengah – tengah hari nie, saya nak tidur qoilulah dulu lah. Lepas zohor nanti, saya ada usrah. Petang ni pula ada meeting. Lain kali sajalah kita cakap pasal dia!” badannya terus direbahkan ke katil sambil mata dipejamkan. Sengaja diceritakan aktiviti–aktivitinya pada hari itu untuk menagih simpati Hijriah agar mengizinkannya
berehat. Hijriah mencebik bibir sambil fikirannya menerawang jauh. Entah ke mana. Wajahnya kembali berserabut kerana memikirkan sesuatu.

Novel SEINDAH MAWAR BERDURI by Fatimah Syarha

“Khazinatul asrar, kau pencuri!” Khazinatul Asrar tergamam melihat sekeping nota kecil berwarna biru lembut itu. Tatkala itu juga, barulah Khaznatul Asrar sedar bahawa kerusi di sebelahnya masih kosong.

“Mana Hijriah?” getus hatinya. Pandangannya terbuang keluar pintu dewan untuk mencari–cari kelibat rakan sebilik, sekamsis dan sekuliahnya itu kalau-kalau dia terlewat datang. Hampa.

“Mungkin dia kurang sihat…kasihan dia tak dapat mengikuti kuliah hari nie. Tapi…betulkah dia sakit? kalau demam sikit–sikit tu, dia tak mungkin tinggalkan kelas. Hijriah bukan begitu orangnya…” hatinya berbicara sendiri. Sedikit rasa bimbang datang bertamu.

“Hijriah tak datang hari ni? Err , boleh saya duduk sini?” Lamunan Khazinatul Asrar terhenti oleh sapaan Tsabit yang tiba–tiba datang melabuhkan punggung di sebelahnya tanpa diundang. Khazinatul Asrar hanya mampu berdiam diri, jiwanya beristighfar panjang kerana tidak selesa didampingi oleh seorang lelaki ajnabi. Apatah lagi lelaki itu memang sejak dulu lagi sering untuk cuba untuk mendekatinya tetapi tidak pernah dilayan. Pelajar–pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM terus memfokuskan perhatian kepada Dr.Maisarah sebaik sahaja kelas bermula. “Kenapa sorang jea hari nie? Mana Hijriah?” tersembul pertanyaan itu dari mulut Tsabit sedangkan Dr.Maisarah sedang lantang memberikan kuliahnya. Seolah–olah dia ingin memulakan perbualan. Konsentrasi Khazinatul Asrar terganggu seketika. Bibirnya digetap. Geram. Astargfirullah…

“Maafkan saya, saudara. Kita di dewan kuliah sekarang nie!” Khazinatul Asrar bernada agak tegas tanpa menjeling sedikitpun kepada Tsabit apatah lagi untuk menoleh. Dia tidak mahu membuka ruang kepada Tsabit yang sering mencari peluang. Pandangannya tetap setia tertumpu pada Dr.Maisarah namun pertanyaan Tsabit itu membuat fikirannya melayang memikirkan Hijriah yang tidak datang ke kuliah. Persoalan–persoalan yang berlegar di mindanya ditambah pula dengan ketidakselesaan didampingi Tsabit menyebabkan dia tewas untuk memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dalam sedar mahupun tidak , fikirannya melayang entah kemana. Wajah Hijriah berlegar–legar disudut ingatan. Masakan tidak, Hijriah bersiap–siap seperti biasa pagi tadi. Ceria seperti hari–hari biasa. Langsung tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia sakit. Tak mungkin tiba–tiba sahaja dia jatuh sakit. Apa yangtelah terjadi kepadanya? Terbit pula kesalan dihatinya kerana tidakpergi ke dewan kuliah bersama–sama Hijriah. Bukan apa, Hijriah suka datang lambat sedangkan Khazinatul Asrar lebih gemar datang awal ke dewan kuliah agar bolehlah dia mengulangkaji secara ringan sebelum kuliyah bermula. Tsabit yang menyedari dirinya telah menimbulkan kemarahan Khazinatul Asrar lagi, mula memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dia selalu tersilap waktu untuk cuba mendekati gadis pujaannya itu. Lantaran itu, setiap kali cuba mendekati Khazinatul Asrar, dia pasti dimarahi secara lembut tetapi tegas olehnya. Malah, sejak awal perkenalan, dia tidak pernah diberi walau seulas senyuman sekalipun. Namun, Tsabit adalah seorang pemuda yang tidak mengenal erti serik dan jemu. Sopan santun, kelembutan, keayuan, akhlak dan keperibadian Khazinatul Asrar membakar semangatnya untuk tidak tewas memenangi hati gadis tersebut. Saban waktu, malamnya ditemani mimpi seraut wajah yang bermahkotakan tudung labuh sebagai penghias diri dan dilindungi jubah, sunnah sahabiah. Dia igaukan seorang bidadari yang beridentitikan Muslimah sejati.

‘Tomorrow…please present this topic. Assalamualaikum..’ ” Dr Maisarah mengakhiri sesi kuliyahnya yang telah sejam berlalu. “ Astargfirullahal azhim…apa yang aku dapat hari ni?” spontan Khazinatul Asrar menuturkan kata–kata itu membuatkan Tsabit berpaling kepadanya. “Kenapa Asrar?” Tsabit memberanikan diri bertanya. Prihatin. “Err.. nothing!” Khazinatul Asrar cepat–cepat berdalih dan mula menyibukkan diri mengemas buku–buku di hadapannya. “Saya tahu, awak tak salin apa–apa nota tadi, kan? awak fikirkan sesuatu ye?!” Tsabit cuba menduga. Memang sepanjang kuliah matanya sering menjeling-jelling. Khazinatul Asrar bingkas bangun dari kerusinya untuk segera mengakhiri perbualan yang tidak diminta itu. “Maaf, saya nak pulang dulu,” getusnya seolah–olah acuh tak acuh dengan pertanyaan Tsabit.

“Ish, sombongnya!” keluh Tsabit. “Sombong pun sombonglah..thanks!’ ” balas Khazinatul Asrar bersahaja. Langkahnya mula diatur. Pantas Tsabit memintasnya. “Nanti…!” halang Tsabit. Khazinatul Asrar menundukkan pandangannya. Tidak sanggup untuknya menentangrenungan mata dari pemuda yang berdarah Melayu- Libya itu. Dia hanya mampu mendengus lemah. Geram bila langkahnya disekat. Hatinya berzikir.

“Err…Kalau awak sudi, pinjamlah nota saya nie,” sambil tangannya menghulurkan sebuah buku nota yang cantik bersampul biru muda.

“Terima-kasih jealah…saya boleh merujuknya semula dengan rakan-rakan perempuan yang lain,” balas Khazinatul Asrar. Menolak.

“Kalau macam tue, awak tolonglah pinjamkan nota saya nie untuk Hijriah.” Tsabit masih tidak berputus asa.Dia tahu Hijriah sebilik dengan Khazinatul Asrar.Masih ada strategi lain! “Sekali lagi, terima kasihlah saudara. Hijriah pun boleh merujuk nota lain bersama saya nanti. Lebih baik saudara bawa pulang saja nota saudara nie dan buat revision untuk presentation esok,” tegas Khazinatul Asrar. “Ish, sombong betullah. Tak baik tau! Allah tak suka orang sombong. Baca dalil karang, baru tau…” Tsabit mula geram dengan penolakan demi penolakan. “Jangan memandai dengan dalil, tengok situasilah. Allah lagi tak suka orang…” katakata Khazinatul Asrar cepat–cepat dipotong…. “Awak memang tak sudi dengan nota saya dan macam–macam alasan awak bagi. However, saya amanahkan awak pinjamkannya untuk Hijriah.” Tsabit bernada merajuk dan meninggalkan notanya diatas kerusi sambil berlalu pergi. Khazinatul Asrar menggeleng–gelengkan kepalanya. Dia berasa geli hati dengan perbuatan Tsabit yang beria–ria untuk meminjamkan buku notanya. Bagaikan hanya dia seorang sahaja yang menyalin nota Dr.Maisarah. Setelah difikir–fikir, Khazinatul Asrar akhirnya membawa pulang nota Tsabit itu untuk diberikan kepada Hijriah memandangkan perkataan ‘mengamanahkan’ yang Tsabit tuturkan. Langkahnya disusun kemas untuk pulang ke kamsisnya.Lamunan tentang Hijriah hadir lagi, seolah–olah episodnya bersambung sejak dari dewan kuliah tadi. Hijriah belum pernah ponteng kuliah seperti hari ini. Sebagai teman sebilik, dia terlalu ingin tahu keadaan Hijriah di saat itu. Sakitkah dia? Khazinatul Asrar mula berasa bersalah terhadap dirinya sendiri yang mungkin terlalu sibuk mengejar waktu hingga agak mengabaikan situasi teman sebiliknya itu sejak kebelakangan ini. Penglibatannya sebagai salah seorang perwakilan pelajar PMUKM ( Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ) sudah cukup membuatkan hari–hari yang dilaluinya terlalu padat dan singkat. Tenaga, wang dan waktulapang banyak dikorbankan untuk perjuangannya di kampus itu. Waktu malamnya pula dihabiskan untuk menyiapkan assignmentdiPerpustakaan Tun Sri Lanang, perpustakaan terbesar di asia tenggara. Baginya tiada istilah rehat selagi dia tidak mampu menyeimbangkan sebijaksana mungkin masa yang dia ada untuk menunaikan tanggung jawab. Khazinatul Asrar menyedari kebenaran kata–kata As-Syahid Al-Iman Hassan Al-Banna: “…kewajipan yang perlu kamu lakukan lebih banyak daripada masa yang kamu ada.”

to be continued

zz

Yeah!!!

Hari ini saye nak bagi panduan care-care ‘reply’ message ye. Message not massage… hehe…

Especially, bile kite dapat SMS dari sahabat handai kan… terutame geng-geng kite ni lah… yang muke terpapar kat blog ni kan… apatah lagi kalau SMS yang sahabat handai kite tu send penting ye… ade perkataan ‘urgent’ lagi… nak mintak tolong ke… nak tanye sesuatu ke… send due tige kali pulak tu… penting le tu kan…

Firstly, bile dapat SMS, tekan SHOW atau BUKA ye… kemudian, bace le SMS tu… tak kan bute huruf kot…

Secondly, tekan OPTIONS atau ape-ape butang yang keluar pilihan REPLY atau BALAS… jangan tekan BACK ok!!! No! no! no! no!

Thirdly, type le SMS atau message sesuke hati ok… sesuke hati bukan sasuke ok! Itu naruto…

Then, jangan jadi dungu, lembab, bangang! Terus tekan SEND… lepas tu baru lah tekan BACK… ulang langkah-langkah ini beberapa kali bile SMS masuk lagi…

For conclusion, saye harapkan anda semue faham care-care reply SMS selepas saye ajar ni… semoge kite dapat amalkan ok… tak rugi pun… yang rugi bile terkeluar perkataan BANGANG, HARAM JADAH, BODOH dan sebagainye… dan semoge tak dak lagi yang sakit hati selepas ini…

RENUNG-RENUNGKAN dan SELAMAT BERAMAL…