Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh... Alhamdulillah,bersukur kita ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia serta 'inayahnya dapat lah kita rakan seperjuangan bersua di dalam ruangan ini bagi meneratkan lagi hubungan sillaturrahim sesama kita.Selawat serta salam kepada Nabi junjungan besar penghulu segala Nabi dan satu-satunya Nabi yang dapat memberi syafaat kepada umatnya di akhirat kelak iaitulah MUHAMMAD YA RASULULLAH.Bersama-sama kita tegakkan syiar Islam yang semakin di tengelami arus pergolakan dunia yang fana ini.Apa yang ingin saya perkatakan pada ruangan ini terutamanya kepada sahabat saya yang telah lama menjalinkan hubungan ialah tentang Hari Kebangkitan iaitulah Hari Kiamat.. Hari yang terlalu banyak diberi gelaran disebabkan sifat-sifatnya yang begitu menakutkan.
Saban hari berlaku terlalu banyak tanda-tanda kecil tentang hari yang dikatakan dasyat ini.
Saya sebagai khalifahtullah di muka bumi ini ingin membawa sahabat-sahabat tentang persediaan kita untuk bekalan kita kesana dan dalam masa yang sama mengejar kebahagiaan dunia yang sementara ini.Tidakkah sahabat berasa takut apabila terdengar cerita-cerita berkaitan hari kiamat yang amat dasyat sekali.Pelbagai kejadian berlaku,tiada lagi pengampunan pada masa itu,tiada lagi taubat yang akan diterima,tiada lagi hidayah akan diberikan oleh ALLAH kepada hamba-hambanya.. Pada hari itu jugalah hari penamat segala usaha kita kearah mentauhidkan ALLAH,mengikut segala yang diperintahNya,dan meninggalkan segala laranganNya.Semua orang akan bergelut,berlari,meronta,sehinggakan ibu yang mengandung anaknya pada masa itu akan gugur dengan sendirinya hanya terpikirkan hal sendiri untuk berdepan tuhan sekalian alam.. Tuhan yang tiada tolok bandingnya maha agong segala agong maha tinggi segala tinggi maha besar segala besar tuhan yang maha adil tuhan yang maha pengasih tuhan yang maha penyayang iaitulah ALLAH SUBHANAHUATA'ALA.
Marilah semua sahabat-sahabat kita tegakkan syiar Islam dengan memperbaiki segala kelemahan di dalam diri kita.Manusia tidak terlepas dari dosa namun ALLAHSUBHANAHUATA'ALA akan mengampunkan dosa-dosa kita jika kita sentiasa memohon keampunan serta kemaafan kepadaNya.

Assalamualaikum..

Hye kawan2... aku baru pindah masuk umah baru..
share 7 org..hidup d tempat orang..
pokai jugak la nak bayar mula2.. 35 juta rupiah = rm14 000
macam ne raye korban?
dkt sini seminggu sebelum raya diorang dah pamerkan kambing2 kat tepi jalan...

susasana yang x penah aku tgk kat perlis..
budak2 sekolah plak mesti buli kambing2 tu..
sepanjang jalan nak g kampus aku,kambing je yang korang akan tgk..

bila dah dok negara orng ni,memang sambut raya pun terasa lain.
sedih tu satu hal la,tp cara nak sambut tu..
abes je solat hari raya, jalan mudah g lepak kat mall.
kalu balik umah,tidor je kot..

lagipun, u aku x cuti lama2.. majoriti bukan Islam...

nanti aku citer g pengalaman aku kat sini...

miss u guys~

dr: jawahir