thriller...


Kami: hai…
Hampa: hoi…
Kami: Assalamualaikum…
Hampa: Waalaikumussalam…
Kami: pe kabor?
Hampa: surat kabor…
Kami: loyar buruk nampak…
Hampa: dah tak tukar y baru…
Kami: grr… ni tudung terbang pi mana? Make- up tebal pulak tuh…
Hampa: well… I kan cantik… hehe…
Kami: cantaik ada lah… nak dengar satu cerita tak?
Hampa: cerita apa?
Kami: ni cerita adventure dan thriller nih… pengembaraan seorang lelaki…
Hampa: huih! Macam best ja… nak nak nak… cerita lah…
Kami: sebuah pengembaraan seorang lelaki…
Hampa: handsome tak?
Kami: handsome… manusia paling handsome di muka bumi nih… kalah nabi Yusuf…
Hampa: hah! Nabi Yusuf yang glamour dengan ke’handsome’man pun boleh kalah? Uih! Terpegun aku… sapa? Terpikat I…
Kami: namanya Muhammad bin Abdullah…
Hampa: oh!
Kami: kenai ka?
Hampa: kenai…
Kami: sapa?
Hampa: Rasulullah… hehe
Kami: sengeh sengeh… nak dengar ka tak ni?
Hampa: nak la… teruskan…
Kami: cerita ni gi ni… sebuah pengembaraan yang luar biasa… pelik… pelik bagi orang yang tiada iman… pengembaraan Israk Mikraj…
Hampa: aku tau! Hari tuh cuti…
Kami: kepala hotak hang… cuti ja tau… dengar ni aku nak cerita… Rasulullah selalu menangis bila terkenangkan peristiwa itu… sebab banyak benda yang baginda nampak…
Hampa: baginda nampak apa?
Kami: dalam peristiwa Israk Mikraj tuh… Rasulullah nampak…
Hampa: nampak apa?
Kami: sabar sat boleh tak? Biar aku habis cakap dulu…
Hampa: hehe…
Kami: Rasulullah nampak perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih… tau tak pasai apa?
Hampa: tak tu…
Kami: mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain… tak tutup aurat… lagi Rasulullah nampak perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya… tau tak pasai apa?
Hampa: tak tu…
Kami: mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya… Rasulullah juga nampak perempuan digantung buah dadanya… tau tak buah dada tu apa?
Hampa: tak tu… eh! Tau tau tau… haha…
Kami: Rasulullah nampak perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Tau tak pasai apa?
Hampa: tak tu deh…
Kami: mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya… ingat! Minta izin dulu…
Hampa: ok… ok
Kami: Rasulullah juga nampak perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan di belit beberapa ular dan kala jengking… tau tak pasai apa?
Hampa: I don’t know…
Kami: mereka jenis perempuan yang boleh solat dan puasa tetapi tak mau mengerjakannya… tak berwuduk dan tak mau mandi wajib… mereka keluar rumah tanpa izin suami dan tak bersuci selepas habis haid dan nifas… hang dah mandi wajib ka tak ni? Haha…
Hampa: haha…
Kami: Rasulullah juga nampak perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala… tau tak pasai apa?
Hampa: I don’t know deh…
Kami: mereka adalah perempuan yang suka berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain… ingat! Jangan dok berhias sangat… Islam larang… tapi, jangan selekeh… otak ada pikir ler sendiri… dan jangan dok kerja mengumpat ja… nak dengar lagi tak?
Hampa: n… na… nak…
Kami: baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka… mereka adalah orang yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya… hmm?? Paham???
Hampa: y… ya… ya…
Kami: ada juga perempuan yang kepalanya babi dan badannya pula seperti keldai… mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta… mau tak kepala babi badan keldai?
Hampa: tak nak!
Kami: baginda juga nampak ada perempuan yang rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Tau mereka siapa?
Hampa: entah…
Kami: mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain…
Hampa: (diam seribu kata sejuta bahasa…)
Kami: sebab itulah Rasulullah menangis… sepatutnya Rasulullah tak menangis pun tak pa… bukan dia yang nak masuk dalam neraka… baginda maksum… tapi, baginda menangis sebab tak sanggup melihat ummatnya dari golongan wanita di seksa dan di azab macam tu… dia sayang kan ummatnya… tapi ummatnya yang tak sayang dia dan tak sayang diri sendiri… sepatutnya kita yang tak maksum ni yang lebih dahulu menangis…
Hampa: Astaghfirullahal ‘Azim…


[ampunkan ‘kamidanhampa’, ya Allah… Ya Tawwab… tub ‘alaina warhamna wanshur ‘alaina…]

0 comments:



Post a Comment