perkongsian ilmu dgn shbt2 tercinta

ترجمة القرآن باللغة الملايوية
سورة الفاتحة 1-7
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Aku mohon perlindungan Allah SWT dari syaitan yang direjam.
بسم الله الرحمن الرحيم (1) الحمد لله رب العالمين (2) الرحمن الرحيم (3) مالك يوم الدين (4) إياك نعبد وإياك نستعين (5) اهدنا الصراط المستقيم (6) صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين (7) آمين
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

Pengenalan surah Al Fatihah:
Alfatihah merupakan salah satu dari surah-surah MAKKIYYAH,diturunkan di Mekah ketika difardukan solat ke atas umat Islam atas pendapat yang paling tepat dikalangan ulama. Alfatihah mempunyai banyak nama, antaranya: ummul kitab,al kanzu,assyafiah,alkaafiah dan bayak lagi hingga mencecah belasan nama lain. Nama yang banyak menunjukkan keagungan suatu benda itu,mengikut adat orang arab. Sebagaimana orang arab menamakan arak lebih dari 90 nama,menunjukkan bahawa mereka sangat menyukai benda tersebut.



Penjelasan ayat:
((بسم الله الرحمن الرحيم)) satu ayat yang diucapkan pada setiap ketika,dan pada setiap perbuatan yang kita hendak lakukan. Tujuannya ialah untuk mendapatkan keberkatan dalam menyebutnya dan bagi menunjukkan bahawa kita adalah hamba yang setiasa berhajat kepada pertolonganNYA. Kalimah “الله “ berasal dari kalimah "أله" yang membawa maksud bingung dan hairan. Dari kalimah tersebut jelas menunjukkan bahawa hanya padaNYAlah terdapat segala jenis kesempurnaan dan kecantikan yang tak dapat kita fikirkan dengan akal kita yang singkat ini. Kalimah "الرحمن" bermaksud pemberi dengan sebesar besar pemberian. Manakala "الرحيم" bermaksud pemberi dengan sehalus halus pemberian.
((الحمدلله رب العالمين)) :kalimah "حمد" bermaksud memuji sesuatu benda dengan penuh rasa keagungan dan hormat dan disertai dengan perasaan cinta kepadanya. Manakala "ال" pada kalimah "حمد" membawa maksud "كل" yang bermaksud “segala” atas pendapat sebahagian ulama. Seakan akan maksudnya berbunyi “segala puji bagi Allah”. Kalimah "رب" bermaksud tuhan, atau pemilik. "العالمين" yang bermaksud sekalian alam ini,termasuk dalam makna kalimah tersebut alam manusia,alam jin,alam malaikat.
((الرحمن الرحيم)) : "الرحمن"yang melimpah ruah nikmatnya kepada sekalian makhluknya. "الرحيم" yang berterusan dalam kurniaan kepada makhluk.
((مالك يوم الدين)) : "مالك" bermaksud yang berkuasa dan yang membuanyai hak dalam berbuat apa sahaja pada "يوم الدين" yaitu hari yang dijanjikan padanya balasan bagi setiap amalan manusia di dunia.
(( إياك نعبد و إياك نستعين)) satu ayat yang menyerlahkan ubudiyyah kita dan kebergantungan kita kepadaNYA dalam satu tertib susunan yang istimewa. Tertib yang biasa disebutkan oleh orang arab ialah ((نعبد إياك و نستعين إياك)) tetapi apa yang termaksud dalam ayat tersebut ialah berbeza dengan apa yang biasa diucapkan oleh orang arab. Sesungguhnya rahsia susunan yang unik itu membawa maksud ikhtisas ((اختصاص)) iaitu menjadikan Allah satu satunya tuhan yang kita sembah dan satu satunya tuhan yang kita pohon pertolongan. Dan lafaz "نا" pada kalimah "نعبد" yang bermakna kami bukannya "أعبد" yang bermakna saya,petunujuk kepada kita bahawa terdapat makhluk lain yang turut sama beribadat dan patuh kepada Allah SWT.
((اهدنا الصراط المستقيم)) seolah kita memohon kepada Allah: “ya Allah tetapkan kami dalam hidayahMu, dalam berikanlah kami hidayah kepada kami pada masa hadapan sebagaimana yang telah Kau berikan sekarang. Permohonan hidayah dalam bentuk berjamaah yang ditunjukkan dalam ayat dengan kalimah "نا" jelas menuntut kita supaya berada dalam jamaah muslimin dan bagi menunjukkan keinginan setiap muslim supaya hidayah itu sampai kepada saudara-saudaranya seislam. Setelah kita memohon supaya diberi petunjuk oleh Allah. Allah seolah olah bertanya kepada kita “petunjuk atau jalan yang bagaimana yang kamu inginkan??”, maka seolah olah kita menjawab:
((صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين)) dikatakan "صراط الذين أنعمت عليهيم" ialah jalan para anbiya,dan terdapat juga pendapat lain yang mengatakan bahawa jalan tersebut ialah jalan yang ditunjuk oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat sahabatnya RA. "غير المغضوب عليهم ولا الضالين" bukanlah jalan yang kamu murkai sebagaimana jalan yang dilalui oleh yahudi dan bukan jalan mereka yang sesat sebagaimana jalan yang telah dilalui oleh nasrani.
KESIMPULAN AYAT:
Dalam surah ini Allah SWT mengajar kita sebaik baik cara, seolah olah kita memohon kepada Allah “Ya Allah ajarkan bagaimanakah caranya untuk kami memujiMu,maka Allah berkata, katakanlah wahai hambaku "الحمد لله رب العالمين" dan I’tiraflah Aku sebagai pemberi segala kurniaan dengan berkata "الرحمن الرحيم" dan tunjukkanlah kegerunan kamu kepada aku dengan berkata "مالك يوم الدين", dan tunjukkanlah bahawa kamu semua hamba yang dhoif dan sentiasa berhajat kepadaKu dengan berkata "إياك نعبد وإياك نستعين" dan pohonlah kepadaKu supaya kamu tergolong di kalangan mereka yang beruntung dengan berkata "اهدنا الصراط المستقيم صراط الذين أنعمت عليهيم غير المغضوب عليهم ولا الضالين"

0 comments:



Post a Comment